Hal Sekolah Kot

Assalamualaikum. Hai uolz.

Hari Jumaat lepas, aku terpaksa ponteng kelas kot. Haiya ini semua pasal nak bayar duit dekat cikgu je untuk kursus fotografi tu. Time waktu agama, aku ajak Ami keluar pergi bayar duit. Memang nasib baik ah kan turun2 je terus nampak muka cikgu. Lepas bayar, bermulalah episod ponteng antara aku and Ami. Hahahaha bengong. Cikgu tu lah, tetiba suruh kitorang ronda satu sekolah jadi ah long berlesen mintak duit dengan bebudak yang nak pergi kursus tu. Kitorang pun rondalah kan, takkan nak tolak arahan pulak kan. #Bukan nak amek kesempatan eh!

Kesian Ami, dia dah lah puasa. Takde kena mengena pun dengan kursus tu tetiba kena jadi mangsa ikut aku ronda sekolah. Ronda punya ronda, sekali terjumpa cikgu kaunseling lah en. Cikgu tu gembira sangat dapat jumpa kitorang. Dia kata dia baru je nak cari kitorang. #Kitorang kan PRS. Heh, suka lah tu. Lepastu dia mintak tolong stay bilik kaunseling untuk kerja2 pembaikan semula dekat bilik tu. Haihh. Mau tak sakit jantung. Dah lah tengah termengah-mengah penat gila kentang nih. Lepastu kena stay bilik tu sampai balik. Err bukan sampai balik, tapi sampai pukul 5.30 petang. Perghh. Then kitorang pun siapkan ah dulu ronda satu sekolah tu nak settle habis kutip duit. Wuuuu tak masyuk langsung ah :'( Dapat RM20 je kot. Hoi penat tau aku naik tangga tinggi2 semata-mata untuk masa depan korang tau. Paling best lah Ami, terus dia bukak puasa. Entahlah kenapa dia dia buat macamtu, penat kot kan. Lepastu terus beli air. Ahhhh legaanyaaa macam minum air kelapa di waktu panas terik mentariii. Cehh tak boleh blaa!

Then lepas kutip duit, gerak lah pergi bilik kaunseling. Haiya banyak doh nak kena kemas. Aku tengok pun serabut. And masatu adalah siket buat perbincangan pasal itu ini blalalala. LOL. Tuptup ada sedikit berita sadis. Hari Sabtu kena datang sekolah for kerja2 pembaikan semula tu lah. Fine aku tak kisah lah sangat kan, dah memang tugas aku. Cikgu kata nanti bebudak Prostar, Slad pun datang. Siot kot esoknya aku dengan Ami je yang datang. Yang lain semua haprakk! Mestilah bengang kan takkan tak kot. Sambil2 tu amek kesempatan ah kan tengok budak main futsal. Entahlah macam tak meriah je. Tak ramai pun.

Hari Isnin pun kena stay juge. Best kot tak banyak buat kerja. Asik makan je. Hari Selasa pun kena stay. Paling best sebab kena cat dinding tangga. Lepas cat je kitorang terus blah balik rumah. Agak kejam lah. Tapi nak buat macamana kan. Sorry cikgu. Hari Rabu pun kena stay. Haiya macamana ni? Nak pergi Ko-ko ke nak tolong cikgu? Adehh dilema betul! Tahun ni memang paling busy lah. Sebagai hamba Allah, terima jelah dengan hati yang terbuka. Okaylah bai. Thanks for reading :)



Much love,
Farah <3


Sincerely from my soul :)

0 Nutella:

Post a Comment

 
Copyright by Nur Farah Syahirah