Hoyya kalian :)
Harini aku pergi kenduri. Ekceli aku taknak pergi tau. Tapi memang harus pergi sebab tu kenduri sedara dekat kan. So pergi jelah. Naseb baek sepupu2 aku yang laen ikut sekali. Gembira lah siket. Kenduri tu kat...kat...entah nama tempat tu lupa. Ala dekat2 dengan Zoo Negara je. Err, Hulu Langat eh nama tempat tu? Ye kot. Kitorang pergi ramai2. Konvoi gittewww~ Whoa and baru aku tahu sepupu aku beli kereta sejibik dengan kereta aku tapi naseb baek dia punya warna hitam. Apa lagi kami semua race2 lah dekat highway. Hikhik.
Then bila sampai (kitorang semua sampai awal), so kitorang dijemput berehat dekat atas rumah tu. Lawa lah jugak tempatnya kan. Wedding orang kaya lah katakan. Macam VIP douh aku rasa masatu. Ececehhh. Masing2 en time tu semua mengadu perut laparrr douh. Hahahah aku pun sama. Fuhh lepastu kurang sopan betul ada bau ayam goreng freshhh. Amboi semua dah meleleh air liur. Dah lah tengah laparrr time tu.
Part ni aku suka. Bila dijemput je suruh makan, perghh semua terus fast and furious je amek makanan. Weh aku tak jumpa ayam goreng pun. Mana? Pfftt betul lah. Okay aku pun terus makannn. Then sepupu2 aku entah dari mana lah dia dapat ayam goreng. Ouh rupanya aku ni malang siket, kan dah gelopoh gelabah gila nak makan, rupanya line buffet aku takdek ayam goreng itu. Camsengal aku bengang. So aku pun bodek lah mereka. Nomnomnom delisiuzzzahh. Lepastu semua komplen DJ majlis tu kaku. Hahahah memang kaku asek ulang ayat sama. Bosan semua. Sakit telinga pun ada. Nak tunggu pengantin punya pasal, tunggu jelah. Lama douh. Semua dah bentak2 dah mana lah pengantin nye ni. Haishh. Lepas je pengantin bersanding, jom ah balek. Bila balek, ahh lega rasanya. Otw balek aku jumpa siapa kau rasa? Aku jumpa Justin Bieber! Nak gugup jantung aku. Okay aku kawal perasaan. Aku jumpa dia kat flyover. Alaa dia jadik model iklan produk jerawat. Hahaahah fine aku nampak dia kat papan iklan flyover tu lah. Okay jangan marah. Leklu.
Balek singgah lah shopping mall dengan berbaju kurung. Paling tak gemar lah aku. Tak selesa. First2 pergi Mydin dekat2 Summit tu. Ya Allah ramai douh yang pakai baju kurung. Agaknya semua baru balek dari kenduri. Hahahaah. Lepastu aku rasa nak cocok je mata budak2 remaja yang fikir dia hot tu. Nak pandang2 aku semacam apesal? Aku cantik sangat kan. Sopan santun kan. Tak macam awek2/pakwe2 kau tu. Dedah sana sini. Bajet sana sini. Fikir awek/pakwe kau kemas lagi sopan lah tu. Fine aku sabar. Aku pergi Mydin just nak carik kamera baru je. Tapi takde. Hampa!
Then singgah Summit. Wuwaaa aku taknak, aku taknak. Aku pakai baju kurung. Nanti orang sana jakun macam nampak Selena Gomez kat Malaysia pulak. Tapi sebab nak carik benda tu aku gagahkan diri jugak. Kat sana ada Cosplay! Wahhh untung aku. Taktau ke Cosplay tu apa? Cek Google :) Lepastu search2 kedai akhirnya jumpa! Tapi cina tu kata drpd beli kamera yang aku nak tu, baek beli dia punya Canon dslr. Harga sama. Dia nak jual sebab dia nak tukar baru. Kira sec-hand lah. Ayah taknak. Ahh aku hampa lagi. Balekkk.
Lepastu singgah Klang Parade. Shopping. Pergh dengan baju kurung tu aku selamba je sebab aku dah biasa kat sana. Weh kau tau ada apa? Ada ahli bina badan tu. Si Sazali yang seksi tu. Dia bertiga lah dengan geng dia buat show. Fuhh berketul-ketul badan dia. Taksanggup aku tengok. Ingat nak snap gambar diorang kan. Tapi fikir lah sikit aku pakai baju kurung tapi snap gambar abang seksi tu. Tak sopan lah kan. Lagipun buat apa aku nak snap. Bukan boleh buat apa pun. Okay terus shopping. Last2 aku beli baju brand BodyGlove and SUB. Aku rasa masatu paling membazir lah. Berapa ratus melayang dekat situ. Baru baju je. Ahhh. Fulusss terbang begitu sahaja. Bye bye fulusss. Take care :'(
*Psssttt. Esok aku nak keluar lagi nak shopping beli barang yang tak complete lagi. Ekceli barang for nak bercuti. Heheheh.*
Bye bye.
Much love,
Farah <3



0 Nutella:
Post a Comment